Avsnitt
-
Episod 203 Keluar Sekejap membawa anda menelusuri perkembangan antarabangsa yang semakin mencorakkan dunia hari ini, sebelum beralih kepada dinamika politik tempatan yang kian menarik perhatian.
KJ dan Shahril memulakan perbincangan dengan konflik Amerika Syarikat-Iran dan perkembangan terbaharu ke arah perdamaian, diikuti peranan kecerdasan buatan (AI) dalam peperangan moden serta amaran Pope Leo XIV mengenai risiko apabila teknologi semakin mengambil alih keputusan hidup dan mati di medan perang.
Perbincangan kemudian beralih kepada politik tanah air, dengan meneliti masa depan Perikatan Nasional susulan keputusan PAS untuk berpisah dengan Bersatu. KJ dan Shahril turut membincangkan kebarangkalian Parti Wawasan Negara yang baru ditubuhkan oleh Hamzah Zainudin menyertai PN, implikasi pertikaian penggunaan logo gabungan tersebut, serta bagaimana perkembangan ini berpotensi mengubah landskap politik pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.
-
Dalam episod kali ini, kami membincangkan pelbagai isu hangat yang sedang mencorakkan politik dan geopolitik semasa.Antara topik yang disentuh:🔹 Kemunculan Parti Wawasan Negara dan perkembangan terbaru dalam Perikatan Nasional.🔹 Perubahan kepimpinan pembangkang serta implikasinya terhadap landskap politik Malaysia.🔹 Gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran serta kesannya kepada ekonomi dunia.🔹 IPO terbesar dalam sejarah oleh SpaceX dan bagaimana industri aeroangkasa bakal mengubah masa depan teknologi.🔹 Mengapa Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam perlumbaan teknologi satelit, telekomunikasi dan aeroangkasa.Seperti biasa, semuanya dibincangkan dengan gaya santai, diselitkan humor, tetapi berasaskan analisis semasa.💬 Apa pandangan anda?Adakah perubahan dalam PN akan memberi kesan kepada politik negara? Dan patutkah Malaysia kembali memberi tumpuan kepada industri aeroangkasa? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.👍 Jangan lupa Like, Share & Subscribe untuk lebih banyak episod Sembang KS setiap minggu!
-
Saknas det avsnitt?
-
00:00 Intro
07:54 Orang Politik Korup?
@hafizfazille: whats your estimatepercentage of corrupt politicians vs those that never take..
23:50 Kemelut Berpanjangan Negeri Sembilan
@jajator: your opinion about umno taking sides with Tengku Nazaruddin
37:30 Muda & Bersama Gabung?
@mister: Zaidel tak bertanding ke PRN Johor? Sokong ke Muda kerjasama dengan Bersama
43:30 Shahril join Bersama?
@deli.adlizin: Shahril nak join parti kancil tak?
@talibz86: Kepada Shahril, tidak berminat ke utk menjadi calon parti bersama? Permohonan dah open tu
@manluqman_ig: Is BERSAMA proposition attracts you?
48:30 Isu Rohingya
@nazhan87: Rohingya, UNHSR dan kegunaan mrk dipublic hospital. macam mna nk selesaikan?
@drbeat78: Rohingya issue - salah siapa? Resolution?
@muhayyz: Penyelesaian tuntas terhadap isu rohingya yang makin meruncing
@naufalmhisham: Thoughts on the Rohingya issue and the impact on the internal and external politics
-
Negeri Sembilan tiba-tiba membubarkan DUN pada lewat malam. Pada masa yang sama, krisis takhta melibatkan Undang, Yang Dipertuan Besar dan sistem Adat Perpatih semakin rumit dengan campur tangan mahkamah, politik dan pelbagai tafsiran perlembagaan.Dalam episod kali ini, kami cuba merungkai:▪️ Apa sebenarnya yang berlaku dalam krisis Negeri Sembilan?▪️ Kenapa DUN dibubarkan secara mengejut?▪️ Apa maksud sistem Undang, Luak dan Adat Perpatih?▪️ Mengapa isu "duduk semeja dengan DAP" menjadi polemik di Johor?▪️ Apa kesan perpecahan terbaru antara PAS dan Bersatu terhadap masa depan pembangkang?Di sebalik segala drama politik, persoalan paling penting masih belum terjawab — KENAPA?Ketika rakyat berdepan cabaran ekonomi, kos sara hidup dan ketidaktentuan masa depan, adakah politik negara sedang dipandu oleh prinsip dan dasar, atau sekadar percaturan kuasa?
-
mbincangkan pendekatan unik syarikat tersebut dalam menghadapi tekanan kos hidup dan cabaran industri makanan. Mamee mengambil pendirian berbeza daripada kebiasaan pasaran dengan mengekalkan harga, tidak mengecilkan saiz produk, malah memberikan lebih nilai kepada pengguna melalui penambahan kandungan dalam produk terpilih seperti Mister Potato, Corntoz, Double Decker dan rangkaian mi Mamee.
Dalam segmen seterusnya, episod ini meneliti perkembangan politik di Johor susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 1 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 dalam tempoh 60 hari. Perbincangan menilai implikasi langkah tersebut terhadap landskap politik negeri serta kesiapsiagaan parti-parti utama dalam menghadapi PRN kali ini.
Akhir sekali, episod ini turut mengupas situasi di Negeri Sembilan berikutan pembubaran DUN pada 4 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengumuman yang dibuat pada lewat malam itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi kerana ia berlaku hampir dengan perkembangan penting institusi adat negeri. PRN Negeri Sembilan kali ini bukan sahaja tertumpu kepada persaingan politik, tetapi turut berlangsung dalam suasana yang melibatkan sensitiviti perlembagaan dan institusi tradisi negeri.
-
Dalam episod kali ini, kami membincangkan tiga topik hangat yang sedang mencuri perhatian:
🔹 Pembubaran DUN Johor – Apa sebenarnya strategi di sebalik pembubaran mengejut ini? Siapa yang paling bersedia menghadapi PRN Johor?
🔹 Drama Filem Konspirasi – Mengapa filem Konspirasi ditarik daripada pawagam selepas hanya beberapa hari tayangan? Adakah ia sekadar keputusan dalaman atau ada cerita di sebaliknya?
🔹 Perubahan Iklim & Masa Depan Malaysia – Isu yang sering dipandang sepi, tetapi memberi kesan langsung kepada banjir, harga makanan, cuaca ekstrem dan kehidupan harian kita.
Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.
Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.
Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
-
Keluar Sekejap menampilkan temubual khas bersama Pramono Anung Wibowo, Gabenor Jakarta, yang membincangkan transformasi Jakarta pasca pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara serta visi untuk menjadikan Jakarta sebuah kota global yang moden, berdaya saing dan berteraskan identiti budaya tempatan.Perbincangan bersama Shahril Hamdan menyentuh pelbagai isu berkaitan pembangunan bandar termasuk usaha memperkukuh identiti budaya Betawi, kebangkitan kawasan-kawasan ikonik seperti Blok M, pembangunan ruang awam, serta peranan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif dalam membentuk wajah baharu Jakarta.Temubual turut mengupas cabaran utama yang masih dihadapi Jakarta seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, banjir dan pengurusan sampah. Pramono menjelaskan pendekatan pentadbirannya dalam memperluaskan rangkaian pengangkutan awam melalui MRT, LRT, TransJakarta dan sistem transit serantau bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.Selain itu, beliau berkongsi bagaimana Jakarta berusaha mengubah persepsi sebagai bandar yang sesak kepada sebuah metropolis global yang lebih mesra penduduk, pelabur dan pelancong, sambil mengekalkan warisan budaya yang menjadi asas kepada identiti kota tersebut.
-
Konspirasi Dato Vida menyertai politik tanah air, Cik Pui Ting atau Deadpudds mempersoalkan tindakan MAHB dan isu yang melibatkan pasaran global secara menyeluruh iaitu berkaitan dengan pasaran Bon kerajaan amerika syarikat atau lebih dikenali sebagai US Treasuries.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
-
Episod kali ini menampilkan Nurhisham Hussein, Penasihat Ekonomi Perdana Menteri serta Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN membincangkan kesan konflik di Timur Tengah terhadap rantaian bekalan global dan bagaimana ia memberi impak langsung kepada Malaysia. Perbincangan memberi fokus kepada tiga sektor utama iaitu bahan api, makanan dan ubat-ubatan, termasuk status semasa bekalan negara, tekanan subsidi kerajaan serta peranan Petronas dalam memastikan kestabilan bekalan domestik.Episod ini turut mengupas risiko “Gelombang 2” krisis global yang dijangka memberi kesan besar kepada sektor petrokimia, pembuatan dan pembinaan bermula Jun hingga Julai 2026. Antara isu yang dibincangkan termasuk kenaikan kos bahan mentah, gangguan rantaian bekalan, tekanan terhadap industri serta kemungkinan kesan kepada peluang pekerjaan dan kos sara hidup rakyat.Selain itu, perbincangan turut menyentuh tekanan terhadap Belanjawan 2026, langkah penjimatan kerajaan, serta implikasi geopolitik yang lebih luas terhadap perdagangan dunia dan kedudukan strategik Asia Tenggara dalam krisis yang sedang berlaku.Terima kasih kepada ENERtec Asia atas kerjasama bagi episod kali ini.Join us at ENERtec Asia 2026 – perhimpunan utama profesional tenaga, inovator dan pemain industri dari seluruh rantau Asia Pasifik.🗓 3 – 5 Jun 2026📍 Kuala Lumpur Convention CentreENERtec Asia kali ini turut bergabung dengan The Energy Transition Conference (ETCon26) oleh Tenaga Nasional Berhad — dua acara besar, satu misi: memacu peralihan tenaga masa depan.Temui inovasi AI, teknologi tenaga boleh diperbaharui, serta pemimpin industri yang sedang membentuk masa depan tenaga dunia.Daftar sekarang di: www.enertecasia.com
-
Episod 200 KS akhirnya tiba.Untuk episod istimewa ini, kami bawakan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam sebuah perbincangan yang menyentuh soal kepimpinan, politik, ekonomi dan masa depan Johor.Daripada kisah bagaimana beliau akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Johor, sehinggalah kepada visi besar Agenda Maju Johor 2030 yang sedang mengubah landskap negeri. Perbincangan turut menyentuh bagaimana Johor berjaya muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia, projek strategik JS-SEZ, peningkatan hasil negeri, serta usaha membangunkan pendidikan dan bakat anak Johor.Tidak terkecuali, beliau juga menjawab kritikan bahawa dirinya terlalu “micro-manage” pentadbiran negeri, selain menjelaskan nilai Bangsa Johor yang terus diterapkan dalam pentadbiran hari ini.Episod ini turut menyentuh isu politik semasa termasuk keputusan BN Johor untuk bergerak solo dalam PRN Johor, serta hubungan antara UMNO dan institusi Istana Johor.Timestamp EP20000:00 Intro10:09 Tetamu MB Johor16:40 Kenapa MB Johor Tak Dipecat atau Digantung?20:10 Macam Mana Onn Hafiz Jadi MB?31:07 100 Hari Onn Hafiz33:15 Agenda Maju Johor 203037:10 Nilai Bangsa Johor40:35 Pelaburan Tertinggi Malaysia47:04 JS-SEZ54:15 Pendapatan Johor Meningkat1:02:29 Pendidikan Johor1:08:00 MB Micro Manage?1:22:30 Pembangunan Di Luar Selatan Johor1:25:40 BN Johor Gerak Solo PRN Johor1:32:30 MB Johor Budak-Budak?1:40:40 Pengundi Cina Johor1:43:55 BN Gerak Solo PRU 16? 1:48:50 Hubungan UMNO dan Istana1:52:58 Perancangan MB 1:54:58 Nak Jadi PM?
-
Pengumuman BN Johor bertanding solo di PRN, Pengambilalihan Parti BERSAMA oleh Rafizi dan Nik Nazmi, Perbincangan BUDI95 untuk golongan T20.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
-
Episod 199 Keluar Sekejap membincangkan reaksi para pemimpin Pakatan Harapan dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang memperlihatkan ketegangan politik semakin memuncak antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN), khususnya susulan pendirian BN Johor untuk bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Turut dibincangkan ialah keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk keluar daripada PKR, mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing, serta mengambil alih Parti Bersama Malaysia. Apakah implikasi perkembangan ini terhadap masa depan politik negara menjelang PRU16?
Episod ini turut menampilkan bagi membincangkan masa depan tenaga baharu, tenaga boleh diperbaharui serta hala tuju industri tenaga Malaysia.
Terima kasih kepada ENERtec Asia atas kerjasama bagi episod kali ini.
Join us at ENERtec Asia 2026 – perhimpunan utama profesional tenaga, inovator dan pemain industri dari seluruh rantau Asia Pasifik.
🗓 3 – 5 Jun 2026
📍 Kuala Lumpur Convention Centre
ENERtec Asia kali ini turut bergabung dengan The Energy Transition Conference (ETCon26) oleh Tenaga Nasional Berhad — dua acara besar, satu misi: memacu peralihan tenaga masa depan.
Temui inovasi AI, teknologi tenaga boleh diperbaharui, serta pemimpin industri yang sedang membentuk masa depan tenaga dunia.
Daftar sekarang di: www.enertecasia.com
-
Rave RM200 Juta, Pembangkang Tak Jadi, Kereta EV dan Hari Ibu
Ulasan Paultan mengenai EV CBU daripada MITI - https://www.youtube.com/watch?v=LCy32Y67v14---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
-
Dalam Episod 198 Keluar Sekejap, kami menampilkan Tan Sri Dr. Chua Soi Lek, Mantan Menteri Kesihatan dan Mantan Presiden MCA bagi membincangkan punca kejatuhan MCA serta perubahan pola sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional sejak PRU 2008.Episod ini turut mengupas trend pengundi Cina menjelang PRU16, dominasi DAP dalam politik masyarakat Cina, serta kemungkinan berlakunya hakisan sokongan terhadap DAP susulan reformasi yang dilihat perlahan dan kegagalan memenuhi sebahagian janji politik.Turut disentuh ialah PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat serta cabaran dan hala tuju sistem kesihatan negara berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Menteri Kesihatan.
-
Episod 197 Keluar Sekejap mengupas secara mendalam krisis takhta dan ketidaktentuan politik di Negeri Sembilan dengan meneliti latar belakang, implikasi perlembagaan, serta senario yang mungkin berlaku. Perbincangan turut menyorot beberapa pengajaran penting yang boleh dijadikan iktibar dalam memahami dinamika kuasa dan kestabilan politik negeri.Selain itu, episod ini turut mengulas ucapan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO. Antara fokus utama termasuk agenda Rumah Bangsa, gagasan Musyawarah Nasional, serta idea grand collaboration dalam landskap politik semasa. Kami juga membincangkan kemungkinan UMNO mengambil keputusan untuk bertanding secara solo dalam PRU16.Terima kasih kepada GINTELL kerana menaja episod pada kali ini. Dapatkan promosi eksklusif GINTELL sempena sambutan Hari Ibu BapaTawaran ini sah untuk 50 peminat Podcast Keluar Sekejap terawal sahaja‼️Untuk maklumat lanjut:WhatsApp Hisyam: 016-750 0998Klik pautan: https://wa.link/a23f7fLayari: www.gintell.comInilah masanya untuk memiliki kerusi urut GINTELL pada harga yang lebih mampu milik.🤩
-
Drama rain rave water, perbendaharaan cadang potong bajet kesihatan dan pengajian tinggi serta isu harta sepencarian wanita.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
-
Krisis Negeri Sembilan, himpunan Tangkap Azam Baki, dan penyelewengan dana RM230 juta.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
-
Negeri Sembilan kini berdepan satu krisis luar biasa yang menggabungkan pertembungan antara institusi beraja, adat, dan kestabilan politik negeri.Episod 196 Keluar Sekejap yang menampilkan Tan Sri Rais Yatim, Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan membedah kemelut yang bermula sejak April 2026, daripada krisis takhta apabila Undang Yang Empat telah membuat kenyataan untuk menurunlan Yang di-Pertuan Besar, termasuk isu pemecatan Undang Luak Sungai Ujong. Isu ini mencetuskan persoalan besar tentang kesahihan, bidang kuasa, dan keseimbangan dalam sistem adat Negeri Sembilan.Krisis adat ini kemudiannya merebak ke arena politik apabila 14 Adun UMNO- Barisan Nasional menarik sokongan terhadap Menteri Besar, mewujudkan situasi kerajaan tergantung dan ketidaktentuan terhadap hala tuju pentadbiran negeri.Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Bagaimana krisis ini boleh berkembang sejauh ini, dan apakah implikasinya kepada Negeri Sembilan?Kupasan penuh dalam episod ini.
-
Petua dan tips beli rumah, isu tangguh PRN dan artis yang sombong?---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
-
Episod 195 Keluar Sekejap membincangkan kesan ketegangan perang Iran–AS terhadap ekonomi Malaysia serta global, khususnya implikasinya kepada Malaysia dari sudut harga minyak, perdagangan dan kestabilan pasaran.
Seterusnya, tumpuan diberikan kepada langkah UMNO melalui gagasan Rumah Bangsa, termasuk keputusan menerima semula bekas ahli tanpa syarat. Adakah ini strategi penyatuan yang mampu menguatkan parti, atau sekadar langkah survival politik?
Turut dibincangkan adalah spekulasi mengenai kemungkinan penangguhan PRN — sejauh mana ia realistik, dan apakah implikasinya terhadap landskap politik serta persepsi rakyat.
Akhir sekali, episod ini menyentuh tentang pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global.
00:00:00 Pengenalan
00:02:07 Kesan Perang Iran-AS Kepada Malaysia
00:18:52 Pemerkasaan PKS
00:28:49 Pergolakan Politik di Perlis & Negeri Sembilan
00:30:40 UMNO & Rumah Bangsa
00:43:52 Pencaturan Untuk PRN dan PRU
00:54:45 Tangguh PRN?
CTOS SME Biz Day 2026 merupakan acara perniagaan tahunan utama yang menghimpunkan pembuat keputusan, usahawan dan peneraju industri untuk membincangkan cabaran utama PKS, termasuk akses kepada pembiayaan, pertumbuhan dan kelestarian perniagaan serta transformasi digital.
Dapatkan tiket SME Biz Day 2026 sekarang:
- Petaling Jaya (9 June 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026pj?aff1=pjbiz26ks
- Penang (28 July 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026pg?aff1=pgbiz26ks
- Johor Bahru (8 September 2026): https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizday2026jhb?aff1=jbbiz26ks
- Visa fler