Avsnitt
-
Dek mengabaikan akhlak, janganlah nanti ada yang masuk Neraka ‘kerana Palestin’. Akhlak, tiada kompromi. Allah swt tetap menilai solidariti kita sebagai Muslim sama ada ia menjadi pahala atau dosa.
“Tegakkan agama, dan jangan kamu berpecah belah dalam urusan menegakkan agama itu!” (surah al-Syura ayat 13)
#menuntutilmu #belajar #palestin #bebaspalestin #akhlak #akhlaq #gaza #rafah #solidariti #boikot #bds #bdsmalaysia
-
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UKJika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan protes pro-Palestin lalu dikenakan tindakan oleh pihak universiti atau pihak berwajib di negara berkenaan, apakah pendirian anda? Adakah anda bersolidariti dengan anak anda dan apakah nasihat yang anda sampaikan sebelum kejadian itu berlaku, ketika kejadian itu berlaku, ataupun selepas terjadinya kejadian berkenaan?
Artikel penuh di blog www.saifulislam.com
#palestin #palestine #bebaspalestin #freepalestine #gaza #rafah
-
Saknas det avsnitt?
-
Let’s break down how some political figures quickly dismiss the youth. Did you hear about Hillary Clinton calling American college students protesting for Palestine ignorant of history? That’s quite a statement, especially about these students, supposedly the cream of the cream, from top American universities.This is not a modern issue. The arrogance is ancient. As ancient as the humans themselves.It echoes a story from the Quran, where the young Prophet Ibrahim - peace be upon him - challenges the older leaders, the elites. In Chapter 21, Verse 60, the response he receives is dismissive: “We heard about this young man who speaks ill about them, what was his name again? Ibrahim!?” The way they mockingly struggle to recall his name shows their attempt to undermine him, not by debating facts, but by belittling his youth.This kind of dismissal is an ad hominem attack, discrediting the person because they are young, assuming they lack knowledge or understanding. But here’s a reality check: age does not define the validity of one's arguments.Don’t be discouraged by this tactic. Remember, this same elite arrogance contributed to Hillary Clinton's loss to Trump. It’s a reminder that those who fail to respect and engage with all voices, regardless of age, risk becoming irrelevant.Keep raising your voice. Truth matters, no matter who speaks it or their age. Your perspective is valid. Stay informed, stay vocal! #YouthVoice #palestine #alleyesonrafah #eyesonrafah #gaza #endgenocide #palestine🇵🇸 #bebaspalestin #فلسطين #فلسطين🇵🇸 #غزة #الأقصى
-
Kebangkitan anak muda di kampus-kampus Amerika Syarikat. Meneladani bagaimana perjuangan anak muda bernama Ibrahim (alayhi al-salam) diremehkan oleh orang tua dengan alasan “ala anak muda, bising je lebih!” daripada Surah al-Anbiya’ ayat ke-60.#bebaspalestin #palestin #palestine #ibrah #anakmuda #solidariti #gaza #anbiya
-
Sudah menjadi kebiasaan dalam kelaziman hidup ini, kita menyambut hari raya dalam suasana gembira, bertemu keluarga dan sahabat handai. Tetapi semasa lebih 30 ribu saudara kita di Palestin telah dibunuh, dan yang masih hidup pula berdepan dengan kebuluran dan penderitaan yang tak sudah, hati kita berbelah bagi. Serba salah antara hendak bergembira dalam kesedihan terkenangkan mereka. Ada kalanya hingga datang rasa malas beraya, seumpama raya itu jadi tidak bermakna. Malah mungkin setengahnya rasa terhina dan bersalah hendak bergembira pada hari raya. Di sinilah pentingnya untuk kita mengembalikan kegembiraan hari raya itu kepada punca gembira yang sebenar. Kita menginsafi hakikat kegembiraan kita mestilah datang daripada Allah subhanahu wa ta ‘ala. Dalam erti kata yang lain, kita gembira kerana Allah.Gembira kerana selesai menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan. Gembira dapat membayar zakat fitrah.Gembira meraikan perubahan diri serba sedikit ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya.Kegembiraan itu adalah hasil kurniaan Allah, peluang untuk kita beribadah dan melakukan benda-benda yang Dia suka.Jika kita gembira kerana Allah, maka kita ada kekuatan untuk mengimbangkan di antara gembira dan sedih. Kegembiraan kita tidak menggambarkan seolah-olah kita melupakan saudara-saudara kita yang menderita. Manakala kesedihan kita pula tidak sampai hingga kita terlupa, Aidilfitri ini adalah hari perayaan yang Allah berikan kepada kita.Allah bukan bagi saja-saja, malah sampai ke tahap Allah haramkan kita berpuasa. Berdosa. Mengkhianati Abu al-Qasim, Nabi ﷺ. Semalamnya berdosa jika tidak berpuasa. Esoknya berdosa jika berpuasa. Pada hari raya Aidilfitri, kita diwajibkan bergembira. Tetapi dengan kegembiraan yang bukan datang daripada adat budaya semata-mata, apatah lagi gembira yang lalai, hingga melupakan Dia, meninggalkan solat. Sebaliknya kita gembira dengan kegembiraan halal yang Allah sediakan hari khusus untuknya.Satu Syawwal tahun ini, satu Syawwal yang amat saya rasakan bahawa sesungguhnya “sahaja aku gembira, Lillahi ta‘ala.”#aidilfitri #aidilfitri1445 #aidilfitri2024 #selamathariraya #hariraya #hariraya2024
-
AYAT 6 SURAH AL-HASHRAllah swt bezakan harta tinggalan musuh sama ada harta itu ditinggalkan selepas selesainya peperangan (ghanimah), atau harta yang ditinggalkan tanpa terjadinya peperangan (al-fai’). Bani Nadhir mengalah dah meninggalkan Madinah, bukan dengan usaha umat Islam, tetapi dengan Allah sendiri mencampakkan rasa takut ke dalam hati Yahudi Bani Nadhir yang khianat kepada perjanjian mereka bersama komuniti Madinah.Hari ini, pembelaan dan kemenangan untuk Palestin, sama ada ia akan meninggalkan ghanimah atau al-fai’, kita perlu fikir sebagai saksi kepada jenayah G yang dilakukan oleh ziyonees ke atas Palestin, apa usaha kita? Dan tidak malukah selepas 30 ribu dibunuh, masih ada yang memilih berkecuali? Isunya bukan soal apa orang kata, tetapi kita sendiri untuk berdiri di hadapan Tuhan. Nak cakap apa kepada anak-anak kalau kita sibuk dengan hal sendiri semasa Palestin dimusnahkan, barat bangkit, manakala kita memilih untuk neutral tidak melakukan apa-apa?#bebaspalestin #palestin #gaza #palestine #hentikanpeperangan
-
AYAT 5 SURAH AL-HASHRNabi ﷺ telah memerintahkan para sahabat untuk memusnahkan pokok-pokok tamar milik Bani Nadhir yang berada di luar tembok yang melindungi perkampungan mereka. Tindakan baginda ini telah dimanipulasi oleh Bani Nadhir dengan menyebarkan kata-kata menyoal apakah jenis nabi memusnahkan pokok-pokok yang tidak bersalah?Propaganda Bani Nadhir ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada sebahagian sahabat yang turut tertanya-tanya dan meragui tindakan mereka. Lalu Allah swt menegaskan dalam ayat ini, bahawa tidaklah pokok-pokok tamar milik Bani Nadhir itu yang dimusnahkan dan sebahagiannya dikekalkan melainkan semuanya adalah dengan izin Allah Subhanahu wa Taala. Matlamatnya adalah untuk mencetuskan kehinaan dan kelemahan ke atas golongan pengkhianat ini. Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi rahimahullah ketika mengulas tentang ayat ini mengatakan bahawa pertempuran ketenteraan adalah sesuatu yang jelas. Tetapi apabila pertempuran itu membabitkan kepentingan ekonomi dan harta benda, banyak dilema dan konflik yang boleh mengelirukan kita.Mengambil ibrah akan perkara ini, kita boleh memikirkan tentang strategi boikot yang dilancarkan untuk melemahkan golongan Bani Nadhir moden ini. Tindakan boikot ini turut hadir bersama-sama dengan kesan sampingan yang boleh menimbulkan tanda tanya tentang kewajarannya kerana sebahagian yang menjadi mangsa adalah pihak yang tidak bersalah; seperti pokok-pokok tamar yang tidak bersalah dalam konteks Bani Nadhir ini tadi. Namun, kita tidak harus lupa bahawa Nabi ﷺ ketika memerintahkan agar pokok-pokok tamar ini dimusnahkan, ia bukanlah dimusnahkan sepenuhnya tetapi secara berfokus. Tumpuan adalah kepada pokok-pokok tamar yang menjadi perlindungan kepada Bani Nadhir dan menjadi kekuatan mereka.Manakala pokok yang tidak memberikan apa-apa kesan signifikan ditinggalkan walaupun ia adalah milik Bani Nadhir. Tidak sekali-kali pokok tamar ditebang semata-mata kerana ia milik Bani Nadhir.Pendekatan ini selari dengan tindakan yang dilakukan oleh gerakan Boycott, Divestment, and Sanction (BDS) yang tidak memukul rata semua jenis boikot. Mereka membahagikannya kepada kategori-kategori tertentu merujuk kepada konteks global dan lokal berbeza di antara satu negara dengan satu negara yang lain.Langkah melemahkan musuh seperti Bani Nadhir moden melalui jalan ekonomi perlu diambil secara serius. Ia perlu dilakukan secara berilmu lagi berstrategi. Khususnya sebagai umat Islam, kita tidak harus lupa kepada keizinan Allah yang berada di belakangnya. Ada dosa pahala ke atas diri kita semasa memboikot. Kita tidak melakukannya kerana mengikut hawa nafsu atau saling hina-menghina menyoal mereka yang tidak bersetuju dengan pilihan kita. Walhal strategi boikot dan melemahkan musuh di jalan ekonomi ini mempunyai pelbagai konteks dan strategi yang perlu diraikan.Tegakkan agama, dan jangan berpecah belah dalam urusan berkenaan (Q42:13).#ibrahsurahalhashr #bebaspalestin #palestin #gaza #freepalestine
-
AYAT 4 SURAH AL-HASHRKita mahu Bani Nadhir itu menerima akibat sebagai hukuman seperti yang kita bayangkan, supaya hati kita puas. Tetapi Allah sendiri yang tentukan bahawa hukuman ke atas mereka bukan kemusnahan total. Sebaliknya mereka menanggung seksa dengan kehinaan hidup dalam buangan. Manakala hukuman muktamad ke atas mereka adalah azab Neraka di akhirat kelak. Walaupun Bani Nadhir dan yang seumpama mereka melakukan kezaliman ke atas umat Islam, hakikatnya mereka disimpulkan oleh Allah sebagai musuh-Nya dan musuh Rasul-Nya. Maka Allah jualah yang paling berhak menentukan bentuk balasan ke atas mereka. Ayat ini sekali lagi secara langsung atau tidak langsung mengingatkan kita bahawa bencana oleh Bani Nadhir perlu ditangani dengan kita meletakkan kesungguhan serta keutamaan pada mengukuhkan kualiti serta kekuatan diri kita sendiri.Lawan tetap lawan. Tetapi jangan lupa bangkit dengan iman.#ibrahsurahalhashr #bebaspalestin #palestin #gaza #freepalestine
-
Ayat 3 Surah al-Hashr : Allah Yang Menetapkan Mereka Hina Dalam Buangan #ibrahsurahalhashr
-
AYAT 2 SURAH AL-HASHRJangan naif berfikir tentang kelompok pengkhianat seperti Bani Nadhir itu. Kita tidak sangka mereka boleh kalah disebabkan oleh kekuatan yang mereka ada. Dan mereka memang bukan sebarangan sebab akal fikiran mereka berada di tahap mempercayai Tuhan pun tidak boleh mengalahkan mereka.Tetapi Allah swt datang kepada mereka dari jalan yang tidak disangka-sangka. Iaitu dengan Allah mencampakkan rasa takut yang melampau di dalam jiwa mereka. Kombinasi jahat dan takut, adalah ramuan luar biasa yang menjadi ancaman hingga ke hari ini.#ibrahsurahalhashr #bebaspalestin #palestin #gaza #freepalestine
-
SURAH AL-HASHR AYAT 1: Dunia bangkit bersama-sama bersolidariti dalam isu Palestin di dalam pelbagai bentuk, pentas dan jalanan, sebagai isu kemanusiaan bersama melangkaui agama. Namun, bagi kita umat Islam, kita mengambil teladan ayat pertama surah al-Hashr ini, bahawa semuanya bermula dengan Tasbih. Ucapan “Maha Suci Allah” menyucikan akal fikiran dan perasaan kita daripada sebarang sangkaan yang tidak layak terhadap Allah swt. Mungkin dalam mendepani panjang lagi kroniknya isu Palestin, hati kita tertanya-tanya, “apakah Allah tidak mendengar doa kita?” “apakah Allah tidak peduli kepada apa yang berlaku di Palestin?”Maha Suci Allah daripada semua itu. Jalannya panjang, seperti dalam teladan surah ini. Surah al-Hashr, yang memulakan perbahasan konflik Bani Nadhir, dengan sebuah TASBIH yang maha agung.#ibrahsurahalhashr #bebaspalestin #palestin #gaza #freepalestine
-
Kita bukan saja-saja lawan #pendidikanfatamorgana yang memaksa anak-anak sudah boleh membaca sebelum Tahun 1 di sekolah.
-
Kita padam sesetengah komen, atau block sesetengah pengomen, bukan sebab berhati tisu atau tidak open minded. Dunia sudah cukup bising dengan 1001 suara. Pendapat yang bukan pendapat, yang bertujuan tidak mempunyai manfaat malah memudarat, selagi ada cara, kecilkan ruang benda seperti ini daripada terus berleluasa. #tanggungjawabbersama #muhasabah #tazkirah
-
Kecenderungan masyarakat kita untuk mudah tersentap dengan isu-isu agama dan bangsa, mahu tidak mahu turut disumbangkan oleh rencamnya jenis-jenis sekolah di dalam sistem pendidikan kita. Apabila mula bersekolah, kanak-kanak keluar daripada keluarganya di rumah, bergaul dengan manusia lain yang berbeza kebiasaan, serta budaya dan bangsa. ‘Social construct’ yang terjadi di dalam diri kanak-kanak itu penting untuk membina ‘cultural competency’, iaitu kemahiran bergaul di dalam budaya yang pelbagai.Jika proses itu terlepas di zaman kanak-kanak, sama ada individu berkenaan akan terus berusaha kekal berada di dalam zon selesa, kepompong atau ‘bubble’ masing-masing sehingga dewasa, atau pun jika terpaksa bergaul kerana desakan kerja misalnya, ia terjadi dengan rasa tidak selesa. Perubahan memerlukan masa yang lebih panjang, dengan kepercayaan yang rapuh.Bersekolah di sekolah yang sama, terutamanya semasa sekolah rendah, tidak menjejaskan perkembangan jati diri bangsa dan agama murid, jika negara mempunyai dasar, polisi dan amalan yang baik untuk semua rakyat berasaskan pedagogi yang betul. Saya kongsikan sedikit pengalaman semasa mendaftar anak bersekolah di Finland, suatu ketika dahulu. Finland sebagai negara yang berusaha menekankan semua murid pergi ke sekolah yang sama, iaitu sekolah terdekat di rumah. Sekolah yang sama baik, sama berkualiti, dan saksama menjaga soal bahasa ibunda dan agama murid,.#pendidikanfatamorgana
-
Wali kepada mereka adalah syaitan dan syaitan hanya lemah dengan Bani Adam yang hatinya ikhlas. Ajal regim Zionis itu semakin hampir, dizahirkan melalui kesedaran besar-besaran penduduk negara Barat. Kita tidak tahu bila ajalnya. Apa yang pasti, ia tidak akan terlewat atau terawal walau sedetik. Dan syaitan sebagai pelindung dan sumber kekuatan regim penjajah itu, akan tumpas apabila Palestin dibebaskan demi Palestin, dan bukan lagi menjadi tunggangan sang penguasa timur dan barat yang menunggangnya demi kepentingan masing-masing.#bebaspalestin #palestin #palestine #فلسطيني #فلسطين #gaza
-
Mendoakan agar individu yang telah pun menerima diagnosis ADHD supaya sembuh dengan memakan ‘ubat’, mungkin tidak begitu tepat dan mengguris hati sesetengah mereka. Sebabnya, individu ADHD tidak akan sembuh daripada ADHD berkenaan. Tiada kesembuhan, kerana ia bukan penyakit dan situasinya bukan sementara. Stimulan yang diambil bukan ubat, stimulan yang diambil adalah bantuan untuk membolehkan fungsi-fungsi eksekutif yang terganggu kerana ADHD itu diatasi selama mana stimulan tersebut masih berada di dalam sistem tubuh badan individu berkenaan.Jika stimulan yang diambil adalah versi rembesan perlahan seperti Concerta ataupun Tyvense, dengan nama yang berbeza-beza di antara satu negara dengan satu negara lain, maka kesan baik daripada pengambilan stimulan itu akan aktif di dalam tubuh badan lebih kurang dalam sepuluh ke dua belas jam. Selepas daripada itu individu berkenaan akan kembali kepada keadaan asalnya. Analogi mudah untuk kita faham ialah seperti orang rabun yang memakai cermin mata. Bila pakai cermin mata, pandangan yang kabur itu dapat dijelaskan. Apabila cermin mata itu ditanggal, maka dia kembali ke sifat rabun yang asal. Begitulah juga dengan individu ADHD. Cuma perubahan baik ialah stimulan yang memperbaiki fungsi eksekutif membolehkan banyak pekerjaan yang dahulunya sukar untuk dibuat kini mungkin dapat dibuat dengan lebih baik. Seterusnya, menghasilkan hasil yang lebih mendatangkan rasa kepuasan dan gembira. Boleh mengurangkan kebarangkalian kegagalan melunaskan aktiviti, projek, kerja, pembelajaran, dan pengajian. Ia boleh menyumbang kepada kualiti kehidupan yang lebih baik.Maka kalau daripada dimensi itu mungkin doa sembuh ini tadi ada munasabahnya. Namun, mendoakan kesembuhan kerana makan ubat, hakikatnya individu ADHD tidak akan sembuh kerana ia bukan penyakit, dan stimulan bukan ubat. Ia adalah kelainan otak di antara mereka ini dengan individu-individu yang bukan ADHD. Ia telah ada semenjak lahir dan ia kekal sepanjang hayat. Apa yang barangkali berubah adalah strategi mengatasi gangguan-gangguan tersebut dan bagaimanakah cabaran-cabaran dan kelebihan yang ada di sebaliknya dapat dimanfaatkan untuk kualiti kehidupan yang lebih baik.
-
Apabila saya kongsikan cerita mengenai sekolah-sekolah di Finland yang sama adil sama rata untuk semua murid di negara berkenaan, antara komen menarik yang saya terima ialah apabila munculnya dakwaan bahawa kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan Finland kerana pendidikan kita perlu mengikut acuan kita sendiri.Soalannya, apakah yang dimaksudkan dengan acuan kita sendiri? Memberikan pendidikan yang sama adil, sama rata untuk semua murid bukanlah inovasi yang dicipta oleh negara Finland berkenaan. Ketika saya membaca buku Adab al-Mu'allimin yang ditulis oleh almarhum Muhammad Ibn Sahnun, meninggal dunia pada tahun 817 Masihi, lebih kurang kurun yang ketiga Hijriyah, saya tertarik dengan satu bab di dalam kitab berkenaan yang Ibnu Sahnun tajukkan sebagai "ما جاء في العدل بين الصبيان" iaitu "Bab Mengenai Berlaku Adil Kepada Anak-anak." Di dalam kitab berkenaan, selain daripada soal adab-adab guru yang mengajar dan murid yang belajar, terdapat banyak kandungan membabitkan soal polisi dan dasar pendidikan, mengikut bahasa orang sekarang. Dan di dalam kitab itu, Ibnu Sahnun memetik sepotong hadis Nabi ﷺ daripada Anas bin Malik Rallahu Anhu Rasulullah ﷺ bersabda, “sesiapa yang mendidik dan mengambil tanggungjawab ke atas tiga kanak-kanak daripada umat ini kemudian tidak mengajarnya secara saksama, bahawa yang miskin belajar bersama dengan yang kaya dan yang kaya bersama dengan yang miskin, maka pendidik itu akan dibangkitkan di Mahsyar bersama golongan pengkhianat.”Walaupun hadis ini didhaifkan oleh Al-Nasa'ie, Ibn Main dan Al-Zahabi, penekanan yang diberikan oleh Ibn Sahnun di abad kesembilan itu boleh memberikan indikasi kepada kita bahawa pendidikan masyarakat di zaman itu ditekankan agar berbentuk egalitarian dan tidak elit.Jika Ibnu Sahnun hidup pada tahun 2024 ini dan beliau berpeluang melawat sekolah-sekolah di Finland dan di Malaysia, negara manakah pada pandangan Ibnu Sahnun mengikut teladan pendidikan Islam yang beliau nukilkan di dalam kitabnya? Dan kembali kepada persoalan asal jika kita tidak boleh mengikut contoh daripada negara lain kerana kita ada acuan kita sendiri, apakah acuan pendidikan kita yang kita dakwa itu?
-
Di Ireland, Artikel 47 Perlembagaan Negara menyatakan mekanisme dan peranan ahli Parlimen (TD) serta rakyat negara ini, jika pindaan mahu dilakukan ke atas Perlembagaan Negara.
-
Hari ini Jumaat 8 Mac 2024, rakyat Ireland keluar mengundi untuk meminda Perlembagaan Ireland, Artikel 41, berkaitan definisi KELUARGA dan peranan wanita di dalam rumah. Adakah referendum ke-39 dan 40 ini perlu untuk memperbaiki kualiti hidup dan integriti masyarakat, atau sebaliknya? Saya berkongsi beberapa maklum balas ringkas mengenai dua usul berkenaan. Semoga bermanfaat.
-
Apabila George Galloway menang dalam pilihanraya MP di Rochdale baru-baru ini, beliau dicemuh sebagai mementingkan isu Gaza dan bukannya isu tempatan pengundi yang mengundinya. Dulu-dulu mungkin ia dakwaan yang ada makna. Hari ini, selepas 7 Oktober 2023, dunia menyaksikan bagaimana semakain bertambah kerajaan yang tidak peduli kepada penderitaan rakyatnya, adalah kerajaan yang sama complicit bersama Zio**** di Palestin. Dasar luar tidak lagi terpisah daripada dasar tempatan. Jika dahulu, orang Islam mungkin keliru mana yang lebih baik antara Trump dan Biden. Sebabnya, walaupun dasar tempatan di AS itu mungkin ada perbezaan, dasar luar negara berkenaan sama sahaja, dan nasib yang menimpa Palestin tidak ada apa-apa bezanya. Kini, sistem dua parti semakin dibulatkan sebagai sama sahaja menjadi alat lobi Zionis dan menganiaya penduduk Palestin. Kemunculan George Galloway di dalam Westminster, mudah-mudahan membuka lembaran baharu untuk tahun 2024 menyaksikan masyarakat dunia membuang kedua-dua belah pihak yang berkongsi hati yang kejam itu. Ireland pun sama juga. FG dan FF mudah-mudahan menemui penamat kepada penguasaan mereka semenjak merdeka dahulu lagi. #freepalestine #palestine #gaza #rafah #georgegalloway
- Visa fler