Avsnitt
-
***Amaran kandungan sensitif***: Podcast ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan dan tekanan emosi. Pendengar dinasihatkan untuk dengar dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan.
Mempunyai anak sering dianggap langkah semula jadi selepas berkahwin, tetapi bagaimana jika seseorang sebenarnya takut untuk menjadi ibu bapa?
Dalam episod NoTapis kali ini, kami berbual tentang ‘'parenthood’', trauma dan tekanan masyarakat bersama Cik Siti Khadijah Ishak, yang berkongsi bagaimana pengalaman trauma dan cabaran kesihatan mental membuat beliau takut untuk mempunyai anak sendiri. Turut bersama ialah Encik Ramdan Saruan, seorang bapa kepada lima orang anak, yang berkongsi realiti membesarkan keluarga besar dan cabaran menjaga anak-anak berkeperluan khas sambil bergelut dengan keletihan mental dan emosi.
Pekerja sosial kanan PPIS, Cik Suhaili Saad, pula berkongsi bagaimana tekanan masyarakat dan kurangnya sistem sokongan boleh memberi kesan besar terhadap perjalanan menjadi ibu bapa.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Dalam episod NoTapis kali ini, kita membongkar realiti sebenar kes buli di sekolah serta perbahasan di sebalik rangka kerja disiplin baharu Kementerian Pendidikan (MOE) yang bakal dilaksanakan pada 2027.
Kita menjemput Encik Muhammad Aizzuddin Maulud, seorang bapa yang berkongsi detik luluh hatinya apabila mendapati anaknya yang sebelum ini ceria, tiba-tiba berubah menjadi murung dan enggan makan akibat dibuli di sekolah.
Turut bersama ialah Kaunselor Kanan daripada Kelab Heal, Encik Abdul Hakim Adzhari. Beliau mengupas psikologi di sebalik tindakan seorang pembuli, mengapa mangsa sering memendam rasa, dan kenapa hukuman tradisional seperti rotan atau ditahan di sekolah mungkin tidak lagi berkesan, malah berisiko membuatkan pembuli menjadi lebih ganas.
Adakah sistem sedia ada mampu melindungi anak-anak kita, atau kita sebenarnya terlepas pandang punca utama trauma mereka?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Saknas det avsnitt?
-
Detik cemas disimbah cat di rumah, gangguan panggilan telefon tanpa henti, serta pelbagai surat mahkamah sehingga barang disita - jadi realiti yang terpaksa dihadapi apabila bebanan hutang tak lagi mampu ditanggung.
Bekas penghutang, Siti Masturah Ramlan dan Kak Sim (bukan nama sebenar), kongsi pengalaman mereka melalui krisis kewangan sehinggalah berjaya bangkit semula bina kehidupan hasil bimbingan emosi serta pengurusan kewangan.
Turut bersama ialah Pegawai kes, perkhidmatan keluarga AMP, Cik Nurhayati Yusof, yang berkongsi mengapa ramai hanya mencari bantuan apabila keadaan sudah terlalu kritikal dan bagaimana sokongan keluarga boleh menjadi sebab seseorang terus bertahan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Adakah anda benar-benar bersedia menyahut seruan ilahi ke Tanah Suci? Apa tips persediaan haji secara fizikal?
Kali ini, penerbit Cik Natasha Mustafa membongkar satu topik yang sering dipandang remeh oleh bakal jemaah: Persediaan fFizikal. Kita selalu sibuk kursus haji dan hantar barang, tapi adakah jantung dan kaki kita cukup kuat untuk berjalan berbatu-batu di bawah terik matahari lebih 40°C?
Dalam episod NoTapis ini, seorang peserta program Get Fit for Haj, Cik Ju’airah Kothiram, Pengurus Kanan, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Encik Aliff Izwan Ariffin, dan Setiausaha Kehormat AMTAS dan Pengarah, Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, Ustazah Juyda Noor Mohamad, mengupas realiti sebenar di bumi suci.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Gelaran ‘ibu’ dianggap sebagai anugerah, namun ia datang dengan ujian air mata, kesabaran dan cabaran penantian tersendiri.
Dalam episod khas Hari Ibu ini, NoTapis membawakan dua kisah yang sangat berbeza… tetapi kedua-duanya dipenuhi kasih sayang, pengorbanan dan kehilangan.
Cik Nur Wahida Azman telah menanti hampir 10 tahun untuk bergelar ibu. Selepas pelbagai tekanan, rawatan dan kegagalan IVF pertama, beliau akhirnya dikurniakan anak kembar. Cik Siti Nurshila Kassim pula melalui realiti yang tidak pernah dijangka apabila anak lelakinya menerima diagnosis tumor otak pada usia empat tahun. Beliau terpaksa memaksa diri untuk pasrah apabila anaknya meninggal dunia selepas 8 bulan.
Daripada perjuangan untuk menimang cahaya mata hinggalah perjuangan untuk reda menerima kehilangan - episod ini adalah tentang kasih seorang ibu yang tidak kenal erti.
⚠️ Episod ini mengandungi kisah yang mungkin menyentuh emosi sesetengah penonton.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Dalam dunia pekerjaan hari ini, satu persoalan sering timbul - nak ‘job hop’ ke nak ‘job hug’? Nak ‘setia’ dengan yang satu atau nak ‘lompat’ kerja?
Dalam episod NoTapis kali ini, kita berbincang bersama Encik Mohd Adam Mohd Basor, Penolong Pengarah, Orang & Organisasi di *SCAPE Co., Ltd. dan Cik Nur Khairah Abdul Rahim, seorang “job-hopper” yang kini membina perniagaan sendiri - tentang dunia kerja hari ini.
Kami kupas apa sebenarnya maksud ‘job-hopping’ vs ‘job-hugging’, kenapa ia masih dianggap “red flag” oleh sesetengah majikan, bila masa terbaik untuk tukar kerja, serta risiko menjadi terlalu selesa atau terlalu kerap lompat.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Apa jadi bila seorang pekerja sosial dari Singapura, negara tropika, dihantar ke Artik dalam suhu -35°C? Dalam episod NoTapis ini, penerbit podcast Cik Natasha Mustafa dan wartawan BH, Cik Nur Syuhrah Hassan berbual dengan Cik Atikah Syarah Ismail, salah seorang daripada 20 peserta dunia untuk ekspedisi Fjällräven Polar 2026. Dari mengawal anjing sled sejauh 300KM, hampir nak give up di hari ketiga… sampai ke realiti yang ramai tak pernah fikir: macam mana nak ke tandas di tengah salji? Cik Atikah berkongsi bagaimana beliau menyesuaikan diri sepanjang ekspedisi lima hari di Artik.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Hos NoTapis Natasha Mustafa ‘keluar sekejap’ dari studio untuk tukar angin kali ini.
Dalam episod ini, kami bincangkan tentang seniman kita di Singapura, boleh cari makan ke?
Adakah kerjaya sebagai seniman ini masih dianggap “bukan kerja betul” atau sebenarnya masyarakat yang masih belum faham realiti di sebalik dunia seni?
Kami tampilkan artis kontemporari Fazleen Karlan, seniman veteran Tumadi Patri, dan penolong kurator dari Taman Warisan Melayu (MHC), Cik Syafiqah Jaffar tentang realiti sebenar menjadi artis hari ini. Daripada isu kewangan, persepsi masyarakat, hingga peranan institusi dalam menyokong seni tempatan, semuanya dibongkar dalam episod ini.
Persoalannya adalah adakah seni warisan masih relevan? Dan sejauh mana kita benar-benar menyokong artis tempatan?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Warisan Melayu sering dianggap sesuatu yang perlu dipelihara, tapi adakah ia masih relevan?
Dalam episod NoTapis kali ini, dua anak muda, Syafiqah ‘Adha Sallehin dan Muhammad Ilyia Kamsani, penggiat budaya yang aktif memperjuangkan seni warisan seperti dikir barat dan muzik tradisional Melayu. Mereka berkongsi bagaimana warisan sebenarnya masih ‘hidup’ dalam kehidupan harian kita - daripada lagu raya seperti Jodoh Lebaran hinggalah kepada nilai, emosi dan identiti yang kita bawa sebagai masyarakat.
Lebih daripada sekadar nostalgia, episod ini mengajak kita melihat warisan sebagai ruang untuk ekspresi, kreativiti dan memahami siapa diri kita sebenarnya.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Apa sebenarnya makna Hari Raya… kalau kita lihat dari POV kanak-kanak?
Dalam episod khas NoTapis ini, kami duduk bersama empat ‘bos’ kecil - yang berusia antara 5-7 tahun - untuk mendengar kisah mereka tentang Raya — daripada impian nak pergi bercuti guna duit raya, lagu raya kegemaran, sehinggalah “drama” pagi raya di rumah.
Jawapan mereka mungkin ‘simple’, kadang kelakar seram, tapi 100% jujur
perbualan santai yang mengingatkan kita bahawa Raya bukan sekadar tradisi — tapi tentang kegembiraan dan keluarga 💚✨
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Bulan Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada yang maha esa. Tetapi bagi sesetengah orang, pengalaman di masjid kadangkala kurang menyenangkan.
Dalam episod NoTapis ini, Cik Atiqah Zulkifli (yang lebih dikenali sebagai automatiqhigh di media sosial) dan Ustazah Maria Mohammad Siddique dari Masjid Assyakirin tentang realiti di dewan masjid, terutama sekali waktu tarawih. Daripada kanak-kanak berlari di masjid, masjid ‘Karens’, hingga cara menegur dengan hikmah.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Selama ini beliau hanya tahu membayar zakat.
Tak pernah terlintas satu hari nanti, beliau sendiri yang menerima bantuan zakat. Ramai yang fikir zakat hanya untuk ‘fakir miskin’ … tapi hakikatnya kriteria kelayakan pun dah diubah dan lebih ramai yang memerlukan boleh dapat bantuan.
Apabila anak bongsunya mengalami spina bifida – keadaan tulang belakang yang tidak terbentuk dengan baik – sejak dilahirkan dan memerlukan rawatan serta pemantauan perubatan secara berterusan Cik Hadijah Mohamed Eusope terpaksa berhenti bekerja demi menjaga anaknya sepenuh masa.
Dalam episod NoTapis ini, beliau berkongsi bagaimana keluarganya akhirnya mendapatkan bantuan zakat dan bagaimana sokongan itu membantu mereka terus bertahan melalui tempoh yang mencabar. Turut bersama kami ialah Ustazah Sarima Jantan, Pegawai Pembangunan Sosial (SDO) di Masjid En-Naeem, yang menjelaskan bagaimana sistem zakat di Singapura sebenarnya berfungsi, siapa yang layak memohon, dan mengapa masih ramai yang segan untuk tampil mendapatkan bantuan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Ramadan tempoh muhasabah dan perubahan diri. Tetapi bagi perokok, cabaran sebenar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga - tetapi melawan keinginan merokok lepas berbuka.
Dalam episod NoTapis kali ini, kami tampilkan Encik Muchtar Abdul Karim, yang berjaya berhenti merokok selepas 15 tahun, serta kaunselor QuitLine Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Cik Siti Zuliana Nandir. Encik Muchtar berkongsi perjalanan penuh jatuh bangun tinggalkan rokok - termasuk beberapa cubaan yang gagal sebelum akhirnya menemui motivasi sebenar: keluarga. Sementara itu, Cik Zuliana jelaskan realiti proses berhenti merokok- mengapa ramai gagal berkali-kali, bagaimana Ramadan boleh jadi peluang terbaik, dan strategi praktikal untuk mengawal keinginan terutama selepas iftar.
Persoalannya - boleh ke Ramadan kali ini jadi permulaan kita berhenti merokok atau bantu keluarga kita lakukan demikian?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Gerai sebelah jual benda sama… nak gaduh atau nak collab? 👀
Dalam episod khas Ramadan ini, NoTapis menemubual tiga vendor yang turun padang untuk menawarkan makanan, minuman dan barangan kegemaran anda. Bersama pengasas bersama Golden Bao, Encik Nazareen Muslim, Pengasas bersama Balang.SG, Encik Syabil Marzuq Sulaiman dan Pengasas jenama Grey By Ortenhill, Encik Trisno Ishak kita bongkar realiti sebenar bazar — dari sewa belasan ribu, strategi capai target harian sampai “politik” booth sebelah-sebelah.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Ilmu agama ‘fast food’ berbanding kelas agama berstruktur- ada yang lebih baik ke nak belajar agama dalam era TikTok dan AI sekarang? Macam mana nak pastikan tak hilang adab dan sumber yang sahih?
Bersama Natasha Mustafa, hos NoTapis, episod ini menampilkan perkongsian Cik Sutinah Sujaair dan Encik Amirul Aqmal, pelajar Diploma Pengajian Islam Cordova, serta Ustazah Zulaikha Ishak dari Andalus.
Andalus, Cordova dan Al-Zuhri menawarkan program-program agama untuk semua peringkat. Dapatkan informasi lanjut di:
ANDALUS: www.andalus.com.sg
CORDOVA: www.cordova.com.sg
AL-ZUHRI: www.zuhri.com.sg00:00 – Fenomena ilmu 'segera' di media sosial
02:05 – Semuanya bermula di rumah
09:54 – Ilmu 'fast food' tak semestinya ilmu 'sahih'
14:33 – Peranan guru, adab belajar dan amanah ilmu
18:46 – AI dan teknologi: Memudahkan atau mengelirukan?
21:35 – Belajar fikir, bukan 'telan' saja apa yang tersedia
26:29 – Belajar agama 'online' + bersemuka dengan guru = Ilmu lebih menyeluruh
37:28 – Mula dengan langkah kecil duluSee omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Bagaimana rasanya jadi atlet negara sambil kerja sepenuh masa? Hos NoTapis pun salah seorang daripada atlet Sukan SEA tau!
Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Muhammad Hasbi Zainal, seorang pegawai Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan atlet sepak takraw serta Cik Noor Heeqmah Wahianuar, seorang peguam dan atlet jujitsu buka cerita sebenar.
Mereka berkongsi pengorbanan, semangat, dan matlamat pingat — bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan, jurulatih, dan keluarga yang sentiasa ada. Dan kejutan — penerbit podcast, Cik Natasha Mustafa sendiri juga bersiap untuk Sukan SEA!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Kesihatan mental semakin terbuka dibualkan, tapi bagaimana pula dengan golongan ‘neurodivergent’? Apa yang membuat mereka lain dari orang lain?
NoTapis kali ini tampilkan tiga individu yang berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai individu yang ‘lain, tapi tak kurang’.
Cik Nurazah Mazlan - Sindrom Hemiconvulsions-Hemiplegia-Epilepsi (HHE)
Encik Muhammad Hakim Hamzah - kelewatan pembangunan global (GDD)
Encik Sharie Mirza Mohamed Zahid - Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD)See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Siapakah tokoh masyarakat Melayu dan mengapa mereka masih penting?
Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha Mustafa sembang bersama sahabat sastera Majlis Bahasa dan Sastera Melayu Singapura (MBMS), Cik Miranti Silasudjana serta Timbalan Pengarah dan Pustakawan Utama (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen tentang bagaimana tokoh masyarakat Melayu membentuk sejarah, nilai dan identiti kita serta usaha bangunkan Tokoh Melayu Singapura.See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Di sebalik setiap pinggan nasi, nugget $1 dan ikan pari $2.60, tersimpan kisah yang jarang kita dengar — kisah peniaga kantin sekolah yang setiap hari memastikan pelajar makan dengan harga mampu milik.
Dalam episod NoTapis ini, Cik Siti Raudha Md Nor dan Encik Wan Hasnirauuf Hassan berkongsi pengalaman mereka berniaga di kantin sekolah. Mereka berkongsi cabaran yang mereka hadapi serta salah tanggapan orang ramai tentang kerja mereka.
Pada masa yang sama, mereka berdepan ketidakpastian tentang masa depan mereka, dengan beberapa sekolah kini bakal beralih kepada model katering pusat mulai 2026 — satu perubahan yang mungkin menamatkan kewujudan peniaga tradisional di sekolah. Jadi kita dengarkan apa ‘Aunty’ dan ‘Uncle’ kantin sekolah katakan…..
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
“Kenapa, tak boleh urus sendiri ke?”
“Selesa ke ada orang luar tinggal dalam rumah?”Mungkin ini antara komen yang ditujukan kepada ibu-ibu yang mengambil khidmat ‘confinement nanny’ - atau penjaga semasa tempoh berpantang. Dulu biasanya mak atau mak mertua yang jaga, tapi kini orang luar yang jaga?
Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Nurulshafiqa Subadi, seorang ibu muda ceritakan pengalaman sebenar selepas melahirkan anak pertamanya. Pengasas Beyond Bibik, Cik Yunisha Phillip dan Pengasas Ratu Confinement, Cik Nurindah Zafirah Sarman pula berkongsi manfaat khidmat penjaga berpantang bagi ibu yang baru saja bersalin.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
- Visa fler