Avsnitt
-
Bagi sebilangan besar warga Malaysia yang kini berada di Australia, pepatah "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri" sudah luput konsepnya. Kenapa mereka harus hidup menderita, sentiasa kesempitan wang ringgit, semata-mata untuk memenuhi seruan atau kehendak masyarakat dan bangsa mahupun pihak kerajaan, walhal wujud peluang bagi mereka mengubah nasib di negara asing. Sememangnya langkah yang diambil membabitkan pengorbanan besar yang melihat golongan ini terpisah jauh dari kaum keluarga dan sanak saudara bertahun-tahun lamanya, kerinduan mendadak yang tidak terhingga. Namun itulah pengorbanan yang perlu dilakukan demi menanggung segala keperluan kaum keluarga di kampung halaman. Mujurlah di Australia, kehidupan senang boleh dikecapi asalkan golongan terbabit ringan tulang. Warga sebeginilah yang sempat ditemui oleh Zaini Ahmad ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang warga Sarawak dari Miri yang kini menetap di Melbourne, Australia. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Rosmiati Kamaruddin, yang lebih dikenali sebagai Megaa, serta beberapa para jemputan lain pada majlis penuh kemeriahan di subbandar Springvale, Victoria, yang berlansung baru-baru ini.
-
Saknas det avsnitt?
-
Kini di Australia terdapat berpuluh ribu warga Malaysia yang mempunyai hak untuk menetap di negara ini. Status hak bermastautin atau permanent resident yang lebih dikenali dengan akronim PR kini menjadi topik hangat yang sentiasa diperbincangkan, khususnya di kalangan pendatang baru. Ramai di kalangan warga Malaysia yang baru tiba ke negara ini, sebilangan besarnya sejak sepuluh tahun lalu, merasakan diri mereka tertipu dengan janji-janji manis segelintir individu, terpedaya dengan tipu muslihat mereka kononnya boleh mendapatkan visa untuk membolehkan mereka bekerja dan terus menetap di negara ini. Akibat penipuan ini, kini lebih kurang 40,000 warga Malaysia telah memohon perlindungan semata-mata untuk membolehkan mereka bekerja dan menetap di Australia. Ada yang berjaya namun sebilangan besar gagal dalam permohonan perlindungan mereka, terpaksa pulang ke tanahair kecewa. Sememangnya memperolehi hak bermastautin di negara in agak sukar dan kini syarat-syaratnya telah diperketatkan oleh kerajaan Australia, namun masih ada proses yang sah dan betul yang boleh dilakukan oleh warga Malaysia untuk cuba menetap di negara ini. Ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Malaysia Madani anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne baru-baru ini, Zaini Ahmad berpeluang menemubual tiga warga Malaysia yang berjaya memperolehi PR untuk menetap di Australia, ketiga-tiganya secara sah, mahupun berbeza.
-
Tanggal 21 Disember ini bakal berlansung sebuah pementasan drama sci-fi ala Back To The Future anjuran Badan Perhubungan Melbourne, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Kelab UMNO Luar Negara dengan cawangan Australia di Melbourne, Sydney dan Brisbane serta di United Kingdom, Mesir dan Indonesia. Takdir menceritakan kisah seorang suami yang mencipta mesin merentasi masa atau time travel machine bertujuan mengubah nasib menyelamatkan isteri beliau. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pementasan Takdir, ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Pengarah Pementasan atau Play Director drama sci-fi ini, Nur Diana Shahuriy.
-
Baru-baru ini berlansung pesta Colours of Malaysia 2024 di pusat tarikan pelancong terkenal di Melbourne, the Queen Victoria Market. Pesta Colours of Malaysia tahun ini dijayakan oleh Majlis Pelajar-Pelajar Malaysia di Australia cawangan Victoria, lebih dikenali sebagai MASCA, dengan sokongan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Syabas kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan pesta tahun ini.
-
Learn how to talk about getting a gift for someone. Plus, find out what the Secret Santa tradition is all about. - Pelajari bagaimana untuk berbual jika anda ingin memilih hadiah untuk seseorang. Juga, ketahui asal-usul tradisi "Secret Santa" yang kini menjadi amalan ramai di kalangan rakan sekerja.
-
You’re probably familiar with the four seasons—Summer, Autumn, Winter, and Spring—but did you know that First Nations people have long recognised many more? Depending on the location, some Indigenous groups observe up to six distinct seasons each year. - Pastinya kita semua arif dengan keempat-empat musim yang saling berganti, iaitu musim panas, musim daun luruh, musim sejuk dan musim bunga. Namun, tahukah anda bahawa warga pertama Australia mengenalpasti lebih dari empat musim dalam setiap tahun? Bergantung pada lokasi, sesetengah kaum orang asli mengenalpasti enam musim setiap tahun.
-
Baru baru ini berlansung Pesta Makanan dan Buah-Buahan tempatan anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Pesta ini sempena sambutan Colours of Malaysia yang bakal berlansung pada 30hb November dan 1hb December, 2024, di Queen Victoria Market di bandar Melbourne. Zaini Ahmad dijemput menghadiri pesta makanan dan buah-buahan untuk menikmati pelbagai sajian yang dihidangkan, antaranya, satay dan raja segala buah-buahan, iaitu buah durian. Sambil menikmati sajian, Zaini sempat menemubual Konsul Muda Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia, Sydney, Cik Kalaivani Gohbal, dan Konsul Jeneral Malaysia, Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud. Ikuti perbualan mereka untuk mengetahui apakah lagi buah-buahan tempatan yang bakal dieksport oleh negara Malaysia ke Australia serta perkembangan terkini permohonan Malaysia untuk menyenaraikan Budaya Sarapan Malaysia dalam senarai warisan budaya UNESCO.
-
Sekali lagi, pesta tahunan Colours of Malaysia akan muncul di Kota Melbourne berlansung di pasar seni dan makanan paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong, the Queen Victoria Market. Seperti tahun lalu, pesta ini dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysian Students' Council of Australia, Victoria, MASCA. Pesta meriah ini memberi peluang kepada pengunjung menghayati budaya dan warisan Malaysia melalui persembahan musik, tarian, seni serta bengkel interaktif sambil menikmati sajian enak dari tanahair. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pesta kali ini, Zaini Ahmad berbual dengan Pengarah Projek Colours of Malaysia 2024, Danish Rizal. Pastikan anda tidak terlepas peluang menikmati pesta Colours of Malaysia di Queen Victoria Market pada hari Sabtu, 30 November dan Ahad, 1 December, 2024, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
-
Country is the term at the heart of Australian Indigenous heritage and continuing practices. The environments we are part of, carry history spanning tens of thousands of years of First Nations presence, culture, language, and connection to all living beings. So, how should architects, government bodies and creative practitioners interact with Indigenous knowledge when designing our urban surroundings? - Di setiap pelusuk benua Australia wujud suatu penyataan dalam ruang yang dibina yang mencerminkan sejarah dan warisan kaum orang asli negara ini. Persoalan yang kini timbul, apakah jurubina, arkitek dan agensi kerajaan seharusnya berinteraksi dan mengadakan dialog dengan warga pertama negara ini di peringkat awal sesuatu pembangunan bagi memastikan penyataan dan pengekspresan warisan kaum orang asli wujud dalam reka bentuk ruang yang dibina?
-
Dalam arena sukan di Malaysia wujud beberapa jaguh dan juara yang sememangnya layak dianggap wira dan lagenda negara. Antaranya, bersinar kejaguhan seorang olahragawati yang begitu hebat sekali ketika zaman kegemilangannya sepanjang dekad ke-70 dan 80an dalam acara heptathlon, sehingga digelar, the "Iron lady". Olahragawati ini berjaya memecah rekod heptathlon di Sukan SEA di Manila pada 1981 dan setahun kemudian dikurniakan anugerah Olahragawati Kebangsaan 1982. Walaupun kini telah meninggalkan gelanggang sukan secara professional, jaguh dan wira sukan ini terus bertekad memajukan dunia sukan tanahair. Ikuti temubual Zaini Ahmad dengan Datuk Zaiton Othman untuk mengetahui apakah yang mendorong beliau sehingga mencapai kecemerlangan dalam dunia sukan yang serba kompetitif.
-
Are you seeking a truly impactful Australian travel experience? Whether you’re seeking wilderness, food, art or luxury, there are plenty of First Nations tourism adventure that you can explore, led by someone with 65,000 years of connection to this land. Not only will you deepen your experience, but you’ll help drive cultural and economic opportunities for First Nations communities. - Apakah anda ingin menikmati pengembaraan atau percutian yang benar-benar menawarkan pengalaman jati Australia? Tak kira sama ada anda gemari pengembaraan di hutan rimba atau menikmati sajian dan hidangan tempatan, kesenian atau percutian mewah, pengalaman Pelancongan Warga Pertama Australia atau First Nation Tourism menawarkan pelbagai pilihan. Dan kesemuanya dikendalikan oleh pemandu pelancong warga kaum asli yang mempunyai kaitan dengan bumi Australia sejak 65-ribu tahun lalu. Menyertai pelancongan warga pertama Australia turut menyumbang terhadap pembangunan dan perkembangan budaya dan ekonomi kaum orang asli negara ini
-
Kejayaan seseorang itu lazimnya boleh diukur bukan setakat tahap kecemerlangan yang tercapai, sebaliknya turut dihitung dari kegagalan yang diharungi. Apa yang penting, tak kira berapa kali seseorang itu gagal, semangat serta ketabahan hati untuk mencuba sekali lagi seharusnya dipuji. Inilah pegangan seorang warga Malaysia berasal dari Ipoh, Perak, yang berjaya mencipta nama dalam bidang motivasi, kejurulatihan dan mentorship di Melbourne, Australia. Malahan kejayaan itu melihat beliau dianugerahkan sebagai "The Australian Coach of The Year" pada tahun 2019 oleh Institut Jurulatih Australia, menewaskan 7,000 jurulatih yang lain. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Dr Raja Yasmin untuk mengetahui perjalanan hidup beliau sejak berhijrah ke Australia dan apakah yang menjadi motivasi untuk beliau terus mengejar kejayaan.
-
Bagi warga Melayu di Australia, mencari makanan halal adalah perkara biasa yang sentiasa perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila mencari restoran yang menyajikan makanan halal. Lazimnya, sajian restoran dari rantau Indochina, termasuk Vietnam, mengandungi bahan yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Namun, di subbandar Springvale, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne, terdapat sebuah restoran Vietnam yang menawarkan menu 100% bebas daging khinzir yang digemari ramai. Zaini Ahmad dari SBS Bahasa Melayu mencuba beberapa sajian halal yang ditawarkan oleh Restoran Vietnam, Le Feu Oasis.
-
Setiap tahun, Kemerdekaan Malaysia disambut secara rasmi di Australia oleh wakil kerajaan Malaysia di negara ini. Di Victoria, acara sambutan rasmi dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Walaupun warga Malaysia telah berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, di Melbourne, inilah ulung kalinya sambutan sebegini dijayakan oleh warga Melayu tersendiri. Tiga rakan karib, iaitu pasangan suami isteri, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, disertai, Zahari Afendi, tahun ini berjaya menganjurkan Pesta Piala Merdeka 2024. Zaini Ahmad berpeluang meninjau pesta meriah sepanjang hari ini yang berlansung di Tatterson Park, Keysborough.
-
Tahun ini, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 dengan tema, Malaysia Madani, Jiwa Merdeka. Segolongan warga Malaysia yang menetap di Melbourne, Australia, turut berpeluang menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini setelah dijemput menghadiri majils anjuran Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne di sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota negeri Victoria yang indah ini. SBS Bahasa Melayu turut dijemput ke majlis ini, di mana Zaini Ahmad berpeluang menemubual Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud selaku Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne.
-
Setelah berada di Australia selama tujuh-belas tahun, warga Malaysia, Sharifah Dayang Kusuri, akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke tanahair. Beliau adalah antara orang pertama di kalangan golongan terbaru warga Malaysia yang datang ke Australia sejak awal tahun 2000 untuk cuba mengubah nasib di negara ini. Ikuti temubual Zaini Ahmad dengan Sharifah Dayang Kusuri, yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Pah, untuk mengetahui kisah pahit manis serta saranan beliau kepada warga Malaysia lain yang kini menyimpan hasrat untuk datang ke negara ini.
- Visa fler