Avsnitt
-
Dalam mitos lama masyarakat Iban, buaya jelmaan itu disangka adalah wujudnya pahlawan bernama Simalungu. Kecemerlangan Simalungun dikaitkan dengan ilmu kebal yang dimiliki, menjadikan badannya tidak mampu ditembus oleh senjata mana pun. Pada tahun 1980-an, kepercayaan segelintir penduduk Iban mengetengahkan legenda buaya raksasa 'Bujang Senang', yang kononnya berasal daripada Simalungu yang terkena sumpahan, diubah menjadi haiwan tersebut.
-
Kisah - kisah Seram Di Bukit Putus agak gempar dan menyeramkan. Ramai pengguna jalan raya menceritakan pengalaman paranormal yang mencatatkan wanita cantik dan keluarga tanpa kepala yang dikatakan menjadi mangsa kemalangan di kawasan Bukit Putus. Selepas mendengar episod ini, anda mungkin akan berfikir dua kali sebelum melalui kawasan tersebut .
-
Saknas det avsnitt?
-
Amanda Tan berkongsi pengalaman paranormal yang aneh semasa lawatannya ke China semasa remajanya di mana dia berdepan dengan sebuah lembaga hitam yang misterius yang seolah-olah berada di bayangan, memerhatikan setiap langkahnya.
-
Jin Dasim adalah jin atau syaitan yang suka memecah belah rumah tangga, mereka akan menghasut suami isteri untuk bergaduh. Hati-hati jika anda dan pasangan kerap bergaduh tanpa sebab dan selalu rasa nak marah saja.
-
Istilah 'menyelam' ketika mencari pakaian atau pelbagai barangan terpakai atau lebih popular disebut 'bundle' memang tidak asing lagi dalam kalangan penggemarnya. Barangan terpakai mungkin mempunyai ikatan dengan roh yang telah meninggal dan pemilik baru mungkin akan mengalami kesannya.
-
Ouija juga dikenal sebagai papan roh atau papan bicara, adalah papan datar yang ditandai dengan huruf alfabet, angka 0–9, kata "ya" , "tidak", kadang-kadang "halo" dan "selamat tinggal", bersama dengan berbagai simbol dan grafik. Di mana huruf dan angka bercerita, dan jawapan 'ya' dan 'tidak' dapat mengundang ketakutan.
-
Adakah segelintir homestay ini tempat menumpang bagi hantu yang tak dapat berpindah ke alam lain? Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah homestay ini benar-benar berhantu atau ada penjelasan lain yang belum terungkai?
-
'Khadam' dianggap sebagai pelindung keturunan, menjaga mereka dari gangguan dan kejahatan baik dari manusia maupun jin. manakala Saka ditakrifkan sebagai pusaka iaitu dengan membawa maksud segala yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia untuk diwarisi oleh ahli keluarganya atau keturunannya.
-
Cenuai diambil daripada bahasa Orang Asli yang bermaksud pengasih. Minyak yang didakwa boleh merendam rindu bagi yang membenci dan mendingin hati amarah itu dibuat daripada minyak wangi, tumbuhan dan kaedah tertentu. Ia menjadi rebutan kerana didakwa sebagai minyak pengasih yang ampuh.
-
Aktiviti paranormal merujuk kepada peristiwa atau fenomena yang dianggap di luar penjelasan sains konvensional atau normal. Aktiviti ini sering kali dikaitkan dengan kepercayaan kepada kekuatan atau entiti supranatural, seperti hantu, roh, atau kekuatan gaib lainnya. cerita ini mungkin merubah mengubah cara anda melihat dunia sekeliling.
-
Bomoh merupakan orang yang dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai dukun, atau pawang.
-
Voodoo adalah sebuah tradisi dan kepercayaan yang berasal dari wilayah Afrika Barat, terutama di negara-negara seperti Benin, Togo, dan Ghana. Tradisi ini kemudian tersebar ke berbagai daerah di dunia, terutama di Haiti dan Amerika Serikat.
-
Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Selepas mendengar episod ini, anda mungkin akan merasa takut apabila anda mendengar perkataan "toyol".
-
Orang bunian ialah makhluk halus, dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, Brunei dan Indonesia, yang tidak boleh dilihat oleh manusia, kecuali bagi mereka yang mempunyai "penglihatan rohani". Selepas mendengar cerita ini, anda mungkin akan mula bertanya-tanya sama ada anda tinggal seorang diri atau ada sesuatu yang berkongsi rumah yang anda mendiami.
-
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna, dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya .Tapi, ketahuilah, harga yang harus dibayar akan menggigilkan jiwamu!
-
Makhluk Halus seperti jin dan syaitan, yang menghuni alam ghaib, selalu mengintai dalam kesunyian. Ketika kamu berada seorang diri, kamu yakin bahawa kamu benar-benar seorang diri, atau ada sesuatu bersamamu?
-
Shazreen Shaharum berkongsi kisah seram di hotel. Setelah anda mendengar kisah ini, anda mungkin mulai merasa ketakutan, adakah anda benar-benar sendirian atau sesuatu selalu mengawasi.
-
Qɑrɪn adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari golongan syaitan yang mendampingi setiap manusia. Selepas mendengar kisah ini anda pasti akan mempertanyakan siapa yang sebenarnya berada di sekeliling anda. Adakah anda yakin ia benar-benar mereka yang anda sangka?
-
Santau adalah sejenis ilmu hitam atau sihir yang digunakan untuk meracuni atau mengganggu seseorang sering kali dikaitkan dengan konsep mistis . Di dalam episod ini, kita menyelami kisah misteri santau yang menggigilkan!
- Visa fler